"Akan terlepas tali Islam satu demi satu. Setiap kali tanggal satu tali, berpeganglah manusia pada tali selanjutnya. Yang pertama sekali hilang adalah kebijaksanaan dan yang terakhir adalah solat." (riwayat Ibn Hibban daripada Abu Umamah)
Ya ALLAH, banyak sungguh dosa diri ini kepada-MU. Terlalu banyak sehinggakan diri ini tidak tersedar bahawasanya telah banyak nikmat ALLAH yang telah gugur satu persatu dari diri ini. Sungguh alpha sehingga tidak menyedari peringatan yang datang berulang kali. Pintu taubat yang datang menjenggah, dihalau pergi. Entah dimana silapnya diri, entah apa kurangnya didikan Ibu Bapa sehingga diri ini sanggup mengenepikan Zat dan rahmat-NYA sehinggakan menjadi begitu sombong dengan YANG MAHA PENCIPTA.
Namun ku bersyukur kepada-MU YA ALLAH, KAU masih sudi mengetuk pintu hati hamba-MU ini untuk kembali berada dibawah naugan rahmat dan maghrifah-MU. Aku bersyukur YA ALLAH kerana ENGKAU sudi menghadiahkan rasa keinsafan ini kepada ku. Aku berterima kasih kepada-MU YA ALLAH kerana memilih diriku untuk merasai hidayah mu ini. Aku tahu dan pasti, jalanku menuju-Mu penuh berliku dan masih terlalu panjang. Ianya jalan yang penuh dengan ujian dan cabaran, Oleh itu aku memohon kemurahan hati mu Wahai ALLAH yang Maha Pemurah dan Maha Pengampun agar ENGKAU selalu berada di sampingku, membimbingku ke pangkuan mu. Makbulkanlah doaku ini Ya ALLAH kerana ENGKAU adalah pendengar doa orang yang meminta.
YA ALLAH, hari ini, jam ini, minit ini, detik ini, saat ini, aku tunduk kepada-MU Wahai Sang PENCIPTA dengan rasa hina dan rendah diri untuk memohon ampun kepada-MU, KAU terimalah taubatku ini YA ALLAH dan KAU jadikanlah janjiku ini sebagai janjiku yang terakhir, aku tidak mahu lagi berpaling dari-MU YA ALLAH. Justeru itu janganlah KAU palingkan lagi hatiku daripada-MU, aku mohon YA ALLAH, bangunkan aku jika aku tersungkur dijalan-MU, kejutkan aku jika aku terlalai, ingatkan aku ketika aku terlupa sesungguhnya tiada daya dan kekuatanku melainkan daripada-MU.
KAU matikanlah aku sebagai ISLAM sebagaimana ENGKAU menghidupkan aku sebagai ISLAM, jadikanlah hidupku, matiku, solatku, amalku, hanya kepada MU YA RABB amin.

